Penafian

Kami melakukan banyak usaha untuk menentusahkan semua maklumat di IslamicFinder.org. Jika anda menemui sebarang kandungan yang tidak sesuai (atau pautan kepada kandungan yang tidak sesuai), sila  hubungi kami.

LOKASI

Sila masukkan nama lokasi semasa anda
Sila masukkan nilai latitud longitud yang betul
Sila masukkan zon waktu
Sila pilih tarikh mula penyimpanan siang
Sila masukkan tarikh akhir penyimpanan siang
PENGIRAAN SOLAT

kami untuk pengalaman lebih pantas dan kemaskini harian.

×

kami untuk pengalaman lebih pantas dan kemaskini harian.

×

Laylat al Qadr 2019

Laylat al Qadr 2019

Tentang hari ini

‘Lailatul Qadar’ atau ‘Malam Penentuan’ merupakan peristiwa yang sangat penting di dalam sejarah Islam. Begitu juga dalam kehidupan peribadi. Allah berfirman di dalam Surah Al-Qadr (maksudnya):

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr. Dan tahukah engkau apakah malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan roh (Jibril) turun dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sehingga terbit fajar.

(Surah Qadr: 1-5)

 

Allah juga berfirman mengenai malam sangat hebat ini dalam Surah ad-Dukhan: 1- 6:

“Ha. Mim. Demi kitab (al-Quran) yang jelas. Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang diberkati, sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan. Padanya (malam itu) dijelaskan semua perkara yang mengandungi hikmah. (Iaitu) perkara yang besar daripada sisi Kami, sesungguhnya Kami telah mengutus para rasul. Sebagai rahmat daripada Tuhanmu, sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”                        (44: 1-6)

 

Allah berfirman dalam al-Quran menerusi surah Al-Baqarah (Lembu Betina)

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi hidayah bagi seluruh manusia dan menjadi bukti-bukti yang nyata menjelaskan hidayah dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”                  (Surah al-Baqarah: 185)


 

Nabi Muhammad (SAW) bersabda tentang Lailatul Qadar: Ia diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda,”"Sesiapa yang berjaga pada Malam Penentuan dengan keyakinan dan untuk nikmat Allah, semua dosa-dosa lalunya akan diampunkan.” (Bukhari dan Muslim) Ia juga diriwayatkan oleh Aisha (RA), iaitu isteri kepada Nabi Muhammad (SAW) yang berkata:

“Saya bertanya kepada Rasulullah jika saya tahu malam yang mana adalah Malam Penentuan dan apakah doa yang saya perlu sebut ketika malam itu? Baginda berkata kepada saya: Katakan: “Wahai Allah! Engkau Maha Pengampun dan suka mengampunkan, jadi ampunkanlah aku.”

 

Daripada ayat-ayat al-Quran berikut dan kata-kata Nabi Muhammad (SAW) saya ingin menyebut kepada anda yang berikut:


Malam Lailatul Qadar adalah lebih baik kepada anda untuk dihidupkan, bagi mendapatkan pengalaman dan menikmati seribu bulan kehidupan peribadi anda. Malah, jika anda hidup seribulan bulan (83.3 tahun) dengan ikhlas, berdedikasi, berkorban dan dengan niat yang baik serta kebaikan sekalipun, Malam Lailatul Qadar masih jauh lebih baik untuk anda hidup dan nikmati. Al-Quran diturunkan bermula dalam bulan Ramadan dan khususnya pada Malam Lailatul Qadar.

 

Turunnya al-Quran adalah tanda kasih-sayang, bimbingan dan rahmat Allah (SWT) kepada manusia. Sesiapa yang berminat dalam mencari bimbingan terbaik, dia harus mencari pengajaran dalam al-Quran. Malam Lailatul Qadar adalah malam keberkatan. Allah (SWT) telah merahmati malam ini. Oleh itu, sesiapa yang mahu menerima rahmat Allah boleh melihat kepada Malam Lailatul Qadar. Sesiapa yang mencari Malam Lailatul Qadar dan menghidupkannya, semua dosa-dosanya akan dihapuskan. Ini seperti dia dilahirkan semula, bebas daripada semua dosa dan kesilapan. Saya pasti semua daripada kita ingin hidup bebas daripada dosa dan kesalahan.

 

Semua orang hendak berjumpa dengan Allah (SWT) pada Hari Pengadilan tanpa sebarang dosa. Setiap daripada kita berharap untuk merasai seperti dilahirkan semula hari ini, mahu memberikan nafas baru kepada diri kita sendiri, dan memulakan sebuah tahun baru dengan pandangan segar dan kehidupan. Setiap individu mahu menyucikan diri mereka, tanpa menghadapi sebarang azab seksa. Malam Lailatul Qadar adalah salah satu cara terbaik di mana seseorang cuba mencapai semua kesempurnaan itu, Oleh itu, anda harus mula mencarinya; jadi anda boleh memerhatikan dan menikmatinya.

 

Sejauh mana kita nampak yang menentukan Malam Penentuan (Lailatul Qadar) diberi perhatian, ia dilaporkan berlaku pada salah satu malam ganjil pada malam sepuluh terakhir Ramadan, cth, malam ke-21, ke-23, ke-27 atau ke-29. Telah ditegaskan bahawa besar kemungkinan berlaku pada malam ke-27. Sejauh mana kita nampak tanda-tanda Lailatul Qadar yang diberi perhatian, sila lihat di bawah:

 

1. Matahari terbit awal pagi tanpa sinar.

2. Hujan turun sama ada semalam malam atau siang lailatul qadar.

3. Langit agak berkabus pada waktu malam.

4. Langit akan agak cerah tanpa bayangan dan sinar.

5. Malaikat dan Jibril turun ke bumi untuk pelbagai tujuan.

 


Jika anda ingin menghidupkan Malam Lailatul Qadar, mari kami ingatkan anda beberapa perkata yang anda perlu lakukan.

1. Cuba perhatikannya semasa sepuluh malam terakhir Ramadan, semasa matahari terbit, ketika malam dan juga siang.

2. Pada malam-malam di mana seseorang akan meluangkan masa secara berkumpulan dan/atau bersendirian melakukan aktiviti-aktiviti berikut:

a)    Membaca al-Quran

b) Solat sunat selepas Tarawih

c) Mengingati Allah atau berzikir

d) Berdoa untuk diri sendiri dan untuk orang lain

e) Merenung kepada alam semesta, penciptaan syurga dan bumi:

“…dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi.”(Al Imran: 191)

f) Membaca buku-buku hadis untuk menikmati kata-kata Nabi Muhammad (SAW).

g) Membaca Tafsir al-Quran
h) Bersedekah jika mampu.
 i) Cuba untuk menerangkan tentang Islam, jika anda tahu sesuatu mengenainya, kepada mereka yang dekat dengan anda supaya mereka mendapat manfaat daripada anda.

Pada keseluruhannya, malam Lailatul Qadar adalah peristiwa yang sangat penting dalam Islam. Semua orang diminta untuk menghidupkannya dan menikmatinya. Ini adalah malam penuh belas kasihan, malam keberkatan, malam keamanan dan malam bimbingan. Ia adalah malam penyatuan di antara dunia terhad kita dan alam yang tidak boleh dilihat yang tanpa batas. Sesiapa yang mahu mendapatkan kasih sayang Allah (SWT) akan berusaha keras untuk mencari Malam Lailatul Qadar.

 

Sesiapa yang ingin menerima rahmat Allah (SWT) pada malam keberkatan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik pada malam Lailatul Qadar. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kedamaian pemikiran, kedamaian tubuh dan kedamaian masyarakat; dia mesti mencari malam ini dan menghidupkannya. Semoga Allah (SWT) memberikan kita kekuatan, tenaga, keberanian dan usaha untuk melakukan yang terbaik bagi mematuhi Allah (SWT) dan mengikuti ajaranNya. Semoga Allah membimbing kita dan menguatkan iman kita. Kami berdoa agar Allah (SWT) membantu kita untuk hidup setahun lagi dengan keikhlasan dan kasih sayang. Semoga Allah (SWT) menjadikan kita menyedari bahawa setahun kehidupan kita telah berakhir dan kita setahun lagi lebih dekat dengan kematian. Mari kita bangun dan lakukan yang terbaik untuk menyenangkan Allah di dalam hidup kita. Marilah kita memohon keampunan kepada Allah (SWT)

Ameen.

Hari-hari Istimewa dalam Islam

Contact Us

Thanks for reaching out. We'll get back to you soon.

Improve your location’s accuracy

Sometimes we might have trouble finding where you are located. Having your current location will help us to get you more accurate prayer times and nearby Islamic places. Here are some things you can do to help fix the problem.

  1. In the top right, click More
  2. Click Settings and then Show advanced settings.
  3. In the "Privacy" section, click Content settings.
    1. In the dialog that appears, scroll down to the "Location" section. Select one of these permissions:
    2. Allow all sites to track your physical location: Select this option to let all sites automatically see your location.
    3. Ask when a site tries to track your physical location: Select this option if you want Google Chrome to alert you whenever a site wants to see your location.
    4. Do not allow any site to track your physical location: Select this option if don't want any sites to see your location.
  4. Click Done.
  1. Open System Preferences and then Security & Privacy Preferences and then Privacy and then Location Services.
  2. To allow for changes, click the lock in the bottom left.
  3. Check "Enable Location Services."
  1. Turn on location
    1. On your phone or tablet, open the Settings app.
    2. Tap Location.
    3. At the top, switch location on.
    4. Tap Mode and then High accuracy.
    If you still get an error when you open IslamicFinder, follow the step 2.
  2. Open Chrome
    1. In the top right, tap More
    2. Tap Settings.
    3. Under "Advanced", tap Site Settings
    4. Tap Location. If you see a toggle, make sure it turned on and blue.
      1. If you see "Location access is turned off for this device," tap the blue words > on the next Settings screen, tap the toggle to turn on location access.
      2. If you see "blocked" under "Location," tap Blocked > tap IslamicFinder > Clear & reset.
    5. Open IslamicFinder in your mobile browser and refresh the web page
    If you're using a browser other than Chrome, visit your browser's help center by visiting their website.
  1. Turn on location
    1. Open Settings app.
    2. Tap Privacy > Location Services > Safari Websites.
    3. Under "Allow Location Access," tap While Using the app.
  2. Give current location access on your browser
      Safari
    1. Open settings app.
    2. Tap General > Reset.
    3. Tap Reset Location & Privacy.
    4. If prompted, enter your passcode.
    5. You will see a message that says "This will reset your location and privacy settings to factory defaults." Tap Reset Settings.
    6. Open Safari
    7. Go to IslamicFinder
    8. To give Safari access to your location, tap Allow or OK
    9. To give IslamicFinder access to your location, tap OK
  3. If you are using a browser other than Safari, visit your browser's help center by visiting their website.