Penafian

Kami melakukan banyak usaha untuk menentusahkan semua maklumat di IslamicFinder.org. Jika anda menemui sebarang kandungan yang tidak sesuai (atau pautan kepada kandungan yang tidak sesuai), sila  hubungi kami.

LOKASI

Sila masukkan nama lokasi semasa anda
Sila masukkan nilai latitud longitud yang betul
Sila masukkan zon waktu
Sila pilih tarikh mula penyimpanan siang
Sila masukkan tarikh akhir penyimpanan siang
PENGIRAAN SOLAT

kami untuk pengalaman lebih pantas dan kemaskini harian.

×

kami untuk pengalaman lebih pantas dan kemaskini harian.

×

Laylat al Qadr 2020

Laylat al Qadr 2020


BILAKAH LAILATULQADAR 2020?

Sebagaimana yang kita tahu bahawa Lailatulqadar adalah satu daripada malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan, oleh itu tahun ini, Lailatulqadar 2020 dijangka akan bermula pada malam Masanya, 19 Mei 2020. Namun, tarikhnya yang tepat adalah tertakluk pada penampakan bulan Ramadan, 1441.


 

APAKAH LAILATULQADAR?

Lailatulqadar (لیلة القدر) di dalam bahasa Arab bermaksud Malam Kekuasaan dalam bahasa Inggeris. Ini juga dikenali sebagai Laylat al Qadr, Laylatul Qadr, Lailatul Qadr / Lailatul Qadar and (شب قدر) di kawasan-kawasan lain di dunia.

 

Ramadan ialah bulan paling suci kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Lailatulqadar pula ialah malam Ramadan paling suci yang menekankan kepentingan malam ini. Sebagaimana dinyatakan pada awal tadi, malam ini adalah lebih baik daripada seribu bulan dan beribadah pada malam ini adalah lebih baik daripada lapan puluh tiga tahun ibadah. Hanya dengan sebab ini sahaja seharusnya menggalakkan seorang Muslim sebenar untuk mengisi malam ini dengan solat, Doa & Zikr, memohon keampunan dan meminta rahmat Allah di dunia dan akhirat.

 

Malam ini sangat bernilai sehingga al-Quran mengkhaskan satu surah istimewa kepadanya iaitu Surah Al-Qadr (97).


BILAKAH LAILATULQADAR?


Walaupun malam yang tepat di mana Laylatul Qadr muncul tidak dinyatakan di mana-mana, Nabi Muhammad (S.A.W.) telah memberi panduan kepada kita bahawa Lailatulqadar berlaku ketika malam-malam ganjil pada  during the odd nights of 10 malam terakhir Ramadan. Ia juga dijelaskan menerusi hadis berikut:


Diriwayatkan oleh Aishah (R.A.) bahawa Pesuruh Allah (S.A.W.) bersabda: 

Carilah malam Lailatulqadar pada malam-malam ganjil di sepuluh malam terakhir Ramadan.”

(Sahih Bukhari: 2017)

 

Oleh itu, Lailatulqadar jatuh pada sama ada malam ke-21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan. Walau bagaimanapun, apa yang ditekankan selalunya adalah ia berlaku kemungkinan besar pada malam 27 Ramadan.


KEPENTINGAN LAILATUL QADAR:

Terdapat banyak ayat al-Quran dan Hadis mengenai keutamaan dan kepentingan malam penuh keberkatan ini.


Quran diturunkan pada malam in:


Kitab suci al-Quran diturunkan buat pertama kalinya dari syurga pada malam ini. Ia juga dijelaskan dari ayat-ayat berikut: 

Sesungguhnya, Kami telah menurunkannya (al-Quran ini) pada malam al-Qadr (Takdir).”

(Surah Al-Qadr 97:1)

 

Sesungguhnya, Kami telah menurunkannya pada malam yang diberkati.”

(Surah Dukhan 44:3)

 

"Ramadan adalah (bulan) di mana diturunkan al-Quran, sebagai panduan kepada manusia, juga sebagai (tanda) jelas untuk panduan dan pertimbangan (di antara betul dan salah)."

(Surah Baqarah 2:185)


Wahyu Kitab Suci Al-Quran; satu tanda kasih, satu panduan dan rahmat Allah kepada manusia. Barangsiapa yang berminat dalam mencari panduan terbaik, dia hendaklah melihat kepada ajaran al-Quran. 


Malam ini adalah lebih baik daripada Seribu Bulan:

Allah berfirman di dalam al-Quran:

Malam al-Qadar (Takdir) adalah lebih baik daripada seribu bulan.”

(Surah Al-Qadr 97:3)

 

Ini bermaksud bahawa beribadah kepada Allah pada malam Lailatulqadar adalah lebih baik dari segi ganjarannya, daripada beribadah kepadaNya seribu bulan, yang mana sama dengan 83 tahun dan 4 bulan. 


Semua dosa-dosa masa lalu diampunkan:


Diriwayatkan oleh Abu Hurirah (R.A.) bahawa Nabi (S.A.W.) bersabda:

Barangsiapa menunaikan solat pada malam Qadr dengan iman dan ikhlas dan berharap kepada ganjaran daripada Allah, maka semua dosa-dosa masa lalunya akan diampunkan."

(Sahih Bukhari: 1901) 


Bagaimana Nabi (S.A.W.) meraikan malam ini:

Bersolat pada malam ini juga adalah sunnah Nabi (S.A.W.) kesayangan kita. Pesuruh Allah (S.A.W.) akan menyibukkan dirinya dengan beribadah semasa sepuluh malam terakhir Ramadan lebih daripada baginda melakukannya pada masa yang lain pada tahun tersebut. Ia dijelaskan dalam hadis berikut:


Diriwayatkan oleh Aishah (R.A.):

Semasa sepuluh malam terakhir (Ramadan), Pesuruh Allah (S.A.W.) sering berjaga malam (untuk solat dan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan menyiapkan diri baginda untuk bersolat (dengan penuh semangat).”

(Sahih Muslim: 1174) 


Tujuan Itikaaf:


Itakaaf di Masjid  semasa 10 malam terakhir Ramadan adalah amalan hebat yang juga merupakan sunnah Nabi (S.A.W.) kesayangan kita. Tujuan utama Itakaaf adalah mencari Lailatulqadar sebagaimana dijelaskan menerusi hadis berikut.


Diriwayatkan oleh Aisyah (R.A.), yang berkata:

Pesuruh Allah (S.A.W.) melakukan Itikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadan dan pernah berkata, "Carilah malam al-Qadr pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan."’

(Sahih Bukhari: 2020)

 

Nabi (S.A.W.) banyak beribadah ketika iktikaf sampai dahi Nabi (S.A.W.) kesayangan kita itu menjadi hitam akibat sering bersujud kepada Allah.


Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri (R.A.):

Nabi (S.A.W.) tidak berganjak dari tempat baginda beritikaf dan dahi baginda dilumuri oleh lumpur dan air."

[Sahih Muslim: 1167 (b)] 


Malaikat turun ke Bumi dengan Kebaikan:

Allah berfirman di dalam Al-Quran:

Pada malam itu turun para malaikat dan roh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan.”

(Surah Al-Qadr 97:4)


Menurut Ibn Kathir, malaikat turun beramai-ramai, diketuai oleh Jibirl (A.S.), semasa malam Al-Qadr. Malaikat-malaikat turun dengan rahmat dan belas kasih, sebagaimana turunnya mereka semasa al-Quran dibacakan, mereka mengelilingi bulatan zikir (ingatan kepada Allah) dan mereka merendahkan sayap mereka dengan rasa penuh  hormat kepada penuntut ilmu. Para malaikat terus mengucapkan selamat sepanjang malam al-Qadr kepada mereka yang sibuk berdoa, bersolat, membaca al-Quran, berikir kepada Allah, atau sebarang ingatan kepada Allah sehingga terbitnya fajar.


DOA UNTUK LAILATULQADAR:

Diriwayatkan daripada Aishah (R.A.) bahawa dia berkata:

"Wahai Pesuruh Allah, apakah yang saya harus katakan di dalam doa saya, jika saya bertemu dengan Lailatulqadar?" Baginda bersabda: "Sebutlah:


اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Allahumma innaka ‘afuwwan tuhibbul-‘afwa fa’fu ‘anni

(Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan suka mengampunkan, maka ampunkan aku)."

(Ibn Majah: 3850)



PERKARA UNTUK DILAKUKAN SEMASA LAILATULQADAR:

Jika anda berminat untuk menghidupkan Malam Kekuasaan, mari kami ingatkan anda beberapa perkara yang anda boleh lakukan.


Pada malam (malam-malam ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadan) seseorang boleh mengisi masa itu beramai-ramai dan/atau berseorangan melakukan aktiviti-aktiviti berikut:


1) Membaca kitab suci al-Quran.


2) Bersolat sunat selepas Taraweeh. 


3)  Mengingati Allah atau Berzikir.


4) Berdoa untuk diri anda atau orang lain.


5) Membaca buku Hadis untuk mempelajari mengenai sunnah Nabi Muhammad (S.A.W.).


6) Membaca tafsir al-Quran.


7) Bersedekah kepada orang lain jika mampu.


8) Cuba untuk menjelaskan mengenai Islam, jika anda tahu sesuatu mengenainya, kepada mereka yang dekat dengan anda supaya mereka mendapat manfaat daripada anda.


KESIMPULAN:

Kesimpulannya, Malam Kekuasaan adalah peristiwa penting dalam Islam. Malam ini merupakan malam penuh Kasih, malam Keberkatan, malam Kedamaian, dan malam Panduan. Ia adalah malam Penyatuan di antara dunia yang singkat kita dengan alam ghaib yang tiada kesudahan. Sesiapa yang berminat dalam mendapatkan kasih Allah akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari Malam Kekuasaan. Barangsiapa ingin menerima rahmat Allah pada Malam yang Diberkati ini akan berusaha keras untuk melakukan yang terbaik pada Malam Kekuasaan. Barangsiapa ingin untuk mendapatkan ketenangan minda, ketenangan tubuh dan ketenangan dalam masyarakat; dia akan mencari malam ini dan menghidupkannya.


Semoga Allah memberikan kita kekuatan, kuasa, keberanian dan usaha untuk melakukan yang terbaik bagi mentaati Allah dan mengikut ajaranNya. Semoga Allah memimpin kita dan menguatkan iman kita.  Kita berdoa agar Allah menolong kita agar dapat hidup setahun lagi dengan keikhlasan dan pengabdian kepadaNya. Semoga Allah menjadikan kita sedar bahawa satu tahun kehidupan kita itu telah berakhir dan kita juga setahun lagi lebih dekat dengan kematian. Marilah kita sedar dan melakukan yang terbaik bagi membuatkan Allah suka kepada kita dalam setiap urusan kehidupan harian kita. Marilah kita memohon keampunan kepada Allah.

Ameen

Hari-hari Istimewa dalam Islam

Contact Us

Thanks for reaching out. We'll get back to you soon.

Polisi privasi baharu kami

We have updated our privacy policies according to CCPA and GDPR rules and regulations for Californian and EU citizens respectively. If you continue using our website, then you have agreed to our Terms of Use and Privacy Policy.

 Atau  Maklumat lanjut

Improve your location’s accuracy

Sometimes we might have trouble finding where you are located. Having your current location will help us to get you more accurate prayer times and nearby Islamic places. Here are some things you can do to help fix the problem.

  1. In the top right, click More
  2. Click Settings and then Show advanced settings.
  3. In the "Privacy" section, click Content settings.
    1. In the dialog that appears, scroll down to the "Location" section. Select one of these permissions:
    2. Allow all sites to track your physical location: Select this option to let all sites automatically see your location.
    3. Ask when a site tries to track your physical location: Select this option if you want Google Chrome to alert you whenever a site wants to see your location.
    4. Do not allow any site to track your physical location: Select this option if don't want any sites to see your location.
  4. Click Done.
  1. Open System Preferences and then Security & Privacy Preferences and then Privacy and then Location Services.
  2. To allow for changes, click the lock in the bottom left.
  3. Check "Enable Location Services."
  1. Turn on location
    1. On your phone or tablet, open the Settings app.
    2. Tap Location.
    3. At the top, switch location on.
    4. Tap Mode and then High accuracy.
    If you still get an error when you open IslamicFinder, follow the step 2.
  2. Open Chrome
    1. In the top right, tap More
    2. Tap Settings.
    3. Under "Advanced", tap Site Settings
    4. Tap Location. If you see a toggle, make sure it turned on and blue.
      1. If you see "Location access is turned off for this device," tap the blue words > on the next Settings screen, tap the toggle to turn on location access.
      2. If you see "blocked" under "Location," tap Blocked > tap IslamicFinder > Clear & reset.
    5. Open IslamicFinder in your mobile browser and refresh the web page
    If you're using a browser other than Chrome, visit your browser's help center by visiting their website.
  1. Turn on location
    1. Open Settings app.
    2. Tap Privacy > Location Services > Safari Websites.
    3. Under "Allow Location Access," tap While Using the app.
  2. Give current location access on your browser
      Safari
    1. Open settings app.
    2. Tap General > Reset.
    3. Tap Reset Location & Privacy.
    4. If prompted, enter your passcode.
    5. You will see a message that says "This will reset your location and privacy settings to factory defaults." Tap Reset Settings.
    6. Open Safari
    7. Go to IslamicFinder
    8. To give Safari access to your location, tap Allow or OK
    9. To give IslamicFinder access to your location, tap OK
  3. If you are using a browser other than Safari, visit your browser's help center by visiting their website.