Penafian

Kami melakukan banyak usaha untuk menentusahkan semua maklumat di IslamicFinder.org. Jika anda menemui sebarang kandungan yang tidak sesuai (atau pautan kepada kandungan yang tidak sesuai), sila  hubungi kami.

LOKASI

Sila masukkan nama lokasi semasa anda
Sila masukkan nilai latitud longitud yang betul
Sila masukkan zon waktu
Sila pilih tarikh mula penyimpanan siang
Sila masukkan tarikh akhir penyimpanan siang
PENGIRAAN SOLAT

kami untuk pengalaman lebih pantas dan kemaskini harian.

×

kami untuk pengalaman lebih pantas dan kemaskini harian.

×

Ramadan 2020


BILAKAH RAMADAN 2020?

Ramadan 2020 is dijangka akan bermula pada hari Jumaat, 24 April 2020 (mengikut Arab Saudi) dan akan berakhir pada hari Sabtu 23 Mei 2020. Aidilfitri 2020 dijangka akan disambut pada hari Ahad 24hb Mei 2020. Ini adalah tarikh sementara kerana tarikh sebenar bermulanya Ramadan 2020 adalah tertakluk pada penampakan bulan.


Lihat Kalendar Ramadan 2020




APAKAH RAMADAN?

Ramadan adalah bulan ke-9 di dalam Kalendar Islam / Kalendar HijrahTempoh bulan adalah di antara 29 sehingga 30 hari bergantung pada penampakan bulan Syawal yang membawa kepada perayaan Islam yang ditunggu-tunggu iaitu Aidilfitri pada 1 Syawal. Ramadan merupakan satu daripada Lima Rukun Islam dan semasa bulan suci ini, Al-Quran diwahyukan buat pertama kalinya kepada Nabi Muhammad (S.A.W.). Perkataan ‘Ramadan’ diambil daripada perkataan dalam Bahasa Arab iaitu ‘Ramad / Ramida’ yang bermaksud panas terik atau kemarau. Jadi istilah Ramadan membawa erti menahan diri daripada makan dan minum dari menjelangnya fajar sehingga terbenamnya matahari.  


BERPUASA ADALAH KEWAJIPAN SEMASA RAMADAN:


Berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia berpuasa dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari di sepanjang bulan Ramadan kerana ia merupakan bulan suci bagi seluruh umat Islam.


Perkataan berpuasa mempunyai kata yang berbeza dalam bahasa-bahasa yang lain di seluruh dunia. Ia dikenali sebagai ‘Rápido‘ dalam bahasa Sepanyol, ‘Jeûne’ dalam bahasa Perancis, ‘Perhiz’ dalam bahasa Turki, ’ صوم/ صيام ‘ dalam bahasa Arab dan ‘Puasa’ dalam bahasa Indonesia dan bahasa Melayu. Perkataan ‘Sawm / Siyam’ (صوم/ صيام) bermaksud menahan diri daripada sesuatu. Maksudnya menahan diri daripada makan, minum, hubungan seks dan semua yang boleh membatalkan puasa dengan niat menahannya hanya untuk mentaati Allah. Sesiapa sahaja yang menafikan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan ini bukanlah seorang Muslim.


Makanan yang dimakan sebelum bermulanya fajar dinamakan sebagai ‘Sahur’, dan makan selepas matahari terbenam (solat Maghrib) dinamakan sebagai ‘Iftar’ atau berbuka puasa.

(Klik di sini untuk doa Iftar)


Berpuasa adalah kewajipan di bulan Ramadan ke atas semua umat Islam dewasa pada Tahun Kedua Hijrah (Penghijrahan dari kota Mekah ke Madinah). Sebagaimana firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

(Surah Al-Baqarah: 2:183)


SIAPA YANG DIKECUALIKAN DARIPADA BERPUASA:

Walaupun berpuasa di bulan Ramadan adalah wajib ke atas semua umat Islam yang mampu, Allah telah memaafkan dan mengecualikan beberapa golongan daripada berpuasa, jika mereka tidak mampu berpuasa ketika Ramadan disebabkan oleh alasan-alasan sah yang tertentu. Dalam Surah Al-Baqarah (2:185), Allah telah menjelaskan bahawa orang sakit dan musafir dikecualikan daripada berpuasa di dalam bulan Ramadan. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada ayat ini dan menurut ramai ulama, berikut adalah mereka yang dikecualikan daripada berpuasa:

1- Pesakit mental dan fizikal Physical or Mentally ill people.

2- Musafir.

3- Wanita yang sedang dalam haid.

4- Wanita yang sedang hamil atau menyusukan.

5- Orang tua (jika berpuasa akan menyusutkan kesihatan mereka).

6- Kanak-kanak yang belum baligh.


Faktor-faktor Biasa yang Membatalkan Puasa:

Berikut adalah faktor-faktor biasa yang membatalkan puasa seseorang:

1- Ubat-ubatan yang diambil melalui hidung atau telinga.

2- Muntah dengan sengaja.

3- Tertelan air semasa berkumur.

4- Mengeluarkan air mani kerana menyentuh wanita.

5- Mengunyah sesuatu yang tidak biasa dimakan seperti kayu atau besi.

6- Merokok.

7- Tidak sengaja makan dan minum akibat terlupa, kemudian menyangka puasanya telah terbatal, lalu terus makan dengan sengaja.

8- Makan selepas Sahur / Subh Sadiq / Sehri (permulaan puasa adalah sebelum solat subuh) dengan andaian ia sebelum sahur / Subh Sadiq.

9- Iftar (waktu berbuka puasa adalah solat Maghrib) sebelum matahari terbenam dengan andaian ia selepas matahari terbenam.



BULAN RAHMAT ALLAH:

Bulan Ramadan adalah peluang yang diberikan kepada Pencipta Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya untuk mendekatkan diri kepadaNya, memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka, dan memenuhi keperluan mereka. Allah berfirman di dalam Al-Quran:

“… dan lelaki dan wanita yang berpuasa, … Allah telah menyediakan kepada mereka keampunan dan ganjaran yang besar.”

(Surah Al-Ahzab, 33:35)


Semua dosa masa lalu orang yang berpuasa akan diampunkan:

Diriwayatkan oleh Abu Huraira (R.A.) bahawa Nabi Muhammad (S.A.W.) bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kerana iman dan berharap pada ganjaranNya, dosa-dosa masa lalunya akan diampunkan.”

(Sahih Bukhari: 38)


Pintu-pintu Syurga dibuka:

Diriwayatkan oleh Abu Huraira (R.A.) bahawa Pesuruh Allah (S.A.W.) bersabda:

"Apabila bulan Ramadan bermula, pintu-pintu syurga akan dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan akan dirantai."

(Sahih Bukhari: 1899)


Ganjaran semua kebaikan dinaikkan Tujuh Puluh Kali:

Salmaan Farsi (R.A.) berkata bahawa pada hari akhir Syaaban, Pesuruh Allah (S.A.W.) berkata kepada kami dan sabdanya:

‘Wahai manusia, datang kepada kita kini sebuah bulan yang hebat, bulan yang paling diberkati, di mana nilai dan kebaikan satu malamnya adalah lebih baik daripada seribu bulan. Ia adalah bulan di mana Allah telah menjadikan puasa sebagai fardu (wajib) pada waktu siang dan telah menjadikan solat tarawih sebagai satu sunnah pada waktu malam. Barangsiapa yang mahu mendekati Allah dengan melakukan apa jua kebaikan, maka orang itu akan diberikan ganjaran seperti seseorang yang telah melakukan perkara fardhu pada sebarang waktu yang lain dan barangsiapa melakukan perkara fardhu (kewajipan), akan diberikan ganjaran sebanyak tujuh puluh faraidh (kewajipan) pada sebarang masa yang lain.

(Ref: Sahih Ibn Khuzaymah, Hadith No. 1887)  



BUAT YANG TERBAIK DI BULAN RAMADAN:

Seseorang boleh melakukan yang terbaik di bulan Ramadan dengan melakukan amalan-amalan berikut:


Membaca al-Quran:



Ramadan juga digelar sebagai bulan al-Quran jadi kita mestilah membaca Al Quran sepanjang bulan ini. Solat tarawih adalah salah satu cara bagi umat Islam untuk melengkapkan bacaan kitab suci al-Quran yang biasanya dilakukan di masjid-masjid. Ia adalah Mustahab (amalan yang diberikan ganjaran, tetapi meninggalkannya tidaklah berdosa) kepada umat Islam untuk membaca seluruh isi Al-Quran ketika Ramadan dan berusaha menghabiskannya, tetapi ia bukanlah satu kewajipan. Sesetengah umat Islam melakukannya dengan menghabiskan (1) Juz' setiap hari selama 30 hari di bulan Ramadan.

Ini dia koleksi beberapa surah di dalam Al-Quran mengenai Ramadan.


Cari Lailatulqadar:


Lailat ul Qadr, juga dikenali sebagai ‘Malam Kekuasaan’ ialah satu malam yang paling didambakan dalam Tahun Islam. Tidak jelas malam yang manakah adalah Lailatulqadar. Tetapi, menurut ajaran asal Nabi Muhammad (S.A.W.), umat Islam dinasihatkan untuk mengisi malam-malam ke-21, 23, 25, 27, dan 29 di bulan Ramadan dengan beribadah dan melakukan amal kebaikan bagi memastikan dapat menemui Lailatulqadar.



Melakukan Iktikaf:


Itikaf bermaksud menyendiri di dalam Masjid atau di rumah dengan niat mengisi masa untuk beribadah kepada Allah (SWT). Ia adalah Sunnat-al-Muaqidah (Sunnah yang amat digalakkan untuk dilakukan) untuk duduk beriktikaf pada 10 hari terakhir Ramadan. Seseorang boleh melakukan iktikaf selepas matahari terbenam pada 20 Ramadan, dan mengakhirinya apabila bulan Aidilfitri kelihatan. Sunnah yang sama pada bulan Ramadan sama ada Ramadan itu 29 atau 30 hari.


Diriwayatkan oleh Aishah (R.A.):

"Nabi (S.A.W.) dahulu melakukan I`tikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadan sehingga baginda wafat. Selepas itu, isteri-isteri baginda turut melakukan iktikaf."

(Sahih Bukhari: 2026)


Menunaikan Solat Malam (Tarawih):


Tarawih ialah solat tambahan yang dilakukan oleh sebahagian komuniti Islam pada waktu malam selepas solat Isyak ketika Ramadan. Secara tradisinya, seorang hafiz (penghafaz) al-Quran akan mengetuai solat. Dia membaca sebahagian kecil al-Quran setiap malam dan menghabiskannya sebelum berakhirnya Ramadan. Setiap umat Islam yang menghadiri solat tersebut akan mendapat peluang mendengar seluruh bacaan Al-Quran dalam masa sebulan.


Bayar Zakat:


Zakat ialah salah satu Rukun Islam, dan bersedekah menjadi semakin penting ketika Ramadan. Ia adalah cara untuk menyucikan harta anda atas perintah Allah yang dikenakan pada harta yang dimiliki selama setahun. Zakat yang terkumpul diperlukan untuk diberikan kepada fakir miskin dan mereka yang layak.

Anda boleh mengira zakat tahun ini menggunakan Kalkulator Zakat slamicFinder.


Dalam bulan Ramadan, semua kebaikan akan diberikan ganjaran lebih daripada yang diperolehi pada bulan-bulan lain pada tahun tersebut. Inilah sebabnya mengapa ramai orang memilih untuk memberi zakat (sedekah) kepada fakir miskin pada bulan ini.


Pastikan semasa berpuasa:

1- Berpuasa di bulan Ramadan dengan niat hanya untuk mendapatkan ganjaran daripada Allah.

2- Tunaikan solat lima waktu anda secara berjemaah.

3- Beri makanan kepada orang yang berpuasa dan juga perbanyakkan sedekah.

4- Jika boleh, tunaikan Umrah ketika Ramadan kerana ganjarannya sama dengan menunaikan Haji. (Tirmidhi: 939)

5- Pelihara diri anda daripada sebarang amalan buruk seperti menipu, memaki, mengumpat, dan menabur fitnah dll.

6- Tingkatkan ingatan anda kepada Allah, mohon keampunan, memohon dimasukkan syurga, dan perlindungan daripada api neraka.

7- Lakukan solat sunat (Nawafil). Banyakkan berdoa untuk diri sendiri, ibu bapa, anak-anak dan seluruh umat Islam.


Jadi, Ramadan ialah bulan ibadah dan tafakur.  Setiap umat Islam harus menyiapkan diri mereka untuk menerima rahmat daripada Allah pada bulan ini dengan bersolat, memohon ampun daripada Allah, beribadah dengan ikhlas dan berharap kepada ganjaran daripada Allah (di dunia dan akhirat).

Anda juga boleh menemui fhalaman utama Ramadan kami.


Untuk panduan lengkap, sila lawati: Ramadan 2020 

Kalendar Ramadan 2020

Hari-hari Istimewa dalam Islam

Contact Us

Thanks for reaching out. We'll get back to you soon.

Polisi privasi baharu kami

We have updated our privacy policies according to CCPA and GDPR rules and regulations for Californian and EU citizens respectively. If you continue using our website, then you have agreed to our Terms of Use and Privacy Policy.

 Atau  Maklumat lanjut

Improve your location’s accuracy

Sometimes we might have trouble finding where you are located. Having your current location will help us to get you more accurate prayer times and nearby Islamic places. Here are some things you can do to help fix the problem.

  1. In the top right, click More
  2. Click Settings and then Show advanced settings.
  3. In the "Privacy" section, click Content settings.
    1. In the dialog that appears, scroll down to the "Location" section. Select one of these permissions:
    2. Allow all sites to track your physical location: Select this option to let all sites automatically see your location.
    3. Ask when a site tries to track your physical location: Select this option if you want Google Chrome to alert you whenever a site wants to see your location.
    4. Do not allow any site to track your physical location: Select this option if don't want any sites to see your location.
  4. Click Done.
  1. Open System Preferences and then Security & Privacy Preferences and then Privacy and then Location Services.
  2. To allow for changes, click the lock in the bottom left.
  3. Check "Enable Location Services."
  1. Turn on location
    1. On your phone or tablet, open the Settings app.
    2. Tap Location.
    3. At the top, switch location on.
    4. Tap Mode and then High accuracy.
    If you still get an error when you open IslamicFinder, follow the step 2.
  2. Open Chrome
    1. In the top right, tap More
    2. Tap Settings.
    3. Under "Advanced", tap Site Settings
    4. Tap Location. If you see a toggle, make sure it turned on and blue.
      1. If you see "Location access is turned off for this device," tap the blue words > on the next Settings screen, tap the toggle to turn on location access.
      2. If you see "blocked" under "Location," tap Blocked > tap IslamicFinder > Clear & reset.
    5. Open IslamicFinder in your mobile browser and refresh the web page
    If you're using a browser other than Chrome, visit your browser's help center by visiting their website.
  1. Turn on location
    1. Open Settings app.
    2. Tap Privacy > Location Services > Safari Websites.
    3. Under "Allow Location Access," tap While Using the app.
  2. Give current location access on your browser
      Safari
    1. Open settings app.
    2. Tap General > Reset.
    3. Tap Reset Location & Privacy.
    4. If prompted, enter your passcode.
    5. You will see a message that says "This will reset your location and privacy settings to factory defaults." Tap Reset Settings.
    6. Open Safari
    7. Go to IslamicFinder
    8. To give Safari access to your location, tap Allow or OK
    9. To give IslamicFinder access to your location, tap OK
  3. If you are using a browser other than Safari, visit your browser's help center by visiting their website.