Penafian

Kami melakukan banyak usaha untuk menentusahkan semua maklumat di IslamicFinder.org. Jika anda menemui sebarang kandungan yang tidak sesuai (atau pautan kepada kandungan yang tidak sesuai), sila  hubungi kami.

LOKASI

Sila masukkan nama lokasi semasa anda
Sila masukkan nilai latitud longitud yang betul
Sila masukkan zon waktu
Sila pilih tarikh mula penyimpanan siang
Sila masukkan tarikh akhir penyimpanan siang
PENGIRAAN SOLAT

kami untuk pengalaman lebih pantas dan kemaskini harian.

×

kami untuk pengalaman lebih pantas dan kemaskini harian.

×

Shab e Miraj atau Lailatul Miraj 2020

Shab e Miraj atau Lailatul Miraj 2020

‎ ‎ 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang



BILAKAH SHAB E MIRAH 2020:

Tahun ini, Shab e Meeraj / Isra dan Meraj 2020 dijangka jatuh pada hari Ahad, 22 Mac 2020. Walau bagaimanapun, tarikhnya yang tepat adalah tertakluk kepada penampakan bulan pada bulan Rejab 1441.



APAKAH SHAB E MIRAH?



Perjalanan Malam, juga dikenali sebagai Shab e Miraj, Israk dan Mikraj atau Al Isra wal Miraj (الإسراء والمعراج‎) jatuh pada hari ke 27 pada bulan Rejab (bulan ke 7 dalam Kalendar Islam). Shab e Miraj diterjemahkan secara literal sebagai ‘Malam Diangkat ke Langit’. Peristiwa ini adalah bagi menyambut malam di mana Rasulullah (S.A.W) diangkat ke Syurga dari Masjid Al-Haram di Mekah. Salah satu hadiah terhebat pada malam tersebut ialah kewajipan solat (solat fardhu) yang diperintahkan ke atas umat Islam. 


Sama seperti peristiwa dan sambutan lain terhadap kehidupan Rasulullah (S.A.W), Malam Perjalanan ini kaya dengan sumber inspirasi dan pengajaran kepada seluruh umat manusia.



LATAR BELAKANG

Israk dan Mikraj berlaku kira-kira 10-12 tahun selepas Rasulullah (S.A.W) menerima wahyu daripada Allah. Ini adalah masa yang penuh kedukaan dan kesedihan berikutan kewafatan isteri tercinta baginda iaitu Khadijah (R.A) dan bapa saudaranya, Abu Talib. Namun begitu, pada waktu-waktu sukar ini, Rasulullah (S.A.W) mendapat kemuliaan apabila dapat berhubung secara terus dengan Allah menerusi sebuah perjalanan yang penuh rahmat. 



KISAH SHAB E MIRAJ


Perjalanan Mikraj yang penuh keajaiban ini berlaku dalam dua bahagian. Pertama, Nabi Muhammad (S.A.W) pergi ke Makkah (Kaabah) ke Jerusalem (Masjid Al-Aqsa) dan kemudian dia (S.A.W) telah diangkat naik ke syurga oleh Allah.


Malam itu bermula dengan ketua segala Malaikat iaitu Jibrael (A.S) muncul di hadapan Rasulullah (S.A.W).  Selepas itu, Jibrael membawa Nabi Muhammad (S.A.W) dari Masjid Al-Haram (Kaabah) ke Masjid Al-Aqsa di Jerusalem. Bahagian perjalanan ini ada disebut di dalam Al-Quran: 


“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Isra 17:1)



Kaedah pengangkutan yang digunakan untuk perjalanan di tengah malam ini adalah seekor haiwan menyerupai kuda yang dinamakan Al-Burraq. Ia dihantar oleh Allah dari Jannah (syurga). Selepas menunggang tunggangan syurga ini, Rasulullah (S.A.W) tiba di Masjid Al-Aqsa dari Masjid al-Haram dalam masa sesaat sahaja. Semasa menghampiri Masjid Al-Aqsa, Nabi Muhammad (S.A.W) menyedari yang Nabi-nabi lain sebelum baginda sudah berada di sana. Nabi-nabi ini termasuklah Nabi Ibrahim (A.S), Nabi Musa (A.S) dan yang lain. Di sini, Nabi Muhammad (S.A.W) mengetuai para nabi menunaikan solat dua rakaat.


Selepas itu, dua buah cawan telah dibawa kepada Nabi (S.A.W). Satu cawan diisi dengan arak dan satu lagi dengan susu. Baginda (S.A.W) melihatnya dan memilih susu. Jibrael (A.S) berkata kepada baginda (S.A.W):


Segala puji bagi Allah yang telah memimpinmu kepada Fitrah (kesucian dan kemurnian. Jika kamu telah memilih arak, umatmu akan sesat.” (An-Nasai: 5657)



NABI DIANGKAT KE SYURGA

Pada bahagian dua Israk dan Mikraj, Jibrael (A.S) membawa Nabi (S.A.W) ke syurga. Semasa naik ke syurga itulah Nabi Muhammad (S.A.W) berhenti di semua tujuh lapis syurga/langit. Pesuruh Allah (S.A.W) bertemu dengan nabi-nabi yang hebat di setiap syurga.


1. Di surga pertama, Nabi Adam (AS)

2. Di surga kedua, Nabi Isa (AS) dan Nabi Yahya (AS) [Nabi Yesus dan Nabi Yohanes]

3. Di surga ketiga, Nabi Yusuf (AS) [Nabi Yoseph]

4. Di surga keempat, Nabi Idris (AS) [Nabi Enoch]

5. Di surga kelima, Nabi Haroon (AS) [Nabi Harun]

6. Di surga keenam, Nabi Musa (AS) [Nabi Musa]

7. Di surga ketujuh, Nabi Ibrahim (AS) [Nabi Abraham]


BAIT AL-MAMUR DAN SIDRAT AL-MUNTAHA


Nabi (S.A.W) kemudian ditunjukkan Al-Bait Al-Mamur (rumah Allah di puncak syurga). Semasa bertanya mengenai tempat ini, Jibrael (A.S) memberitahu Nabi (S.A.W.),


“Ini adalah Al Bait- Al-Mamur di mana 70,000 malaikat menunaikan solat setiap hari dan siapa yang menghadirinya tidak akan pernah lagi dapat menghadiri keberkatan ini.” (Sahih Bukhari: 3207)

Nabi (S.A.W) telah dibawa ke Sidrat Al-Muntaha (sebuah pokok yang besar yang menandakan penghujung syurga). Sidrat Al-Muntaha ialah sempadan yang tiada satu pun ciptaan Allah yang boleh melaluinya. Jibrael (A.S) berhenti di pokok itu sementara Nabi Muhammad (S.A.W) menjadi satu-satunya yang diizinkan oleh Allah untuk melepasi sempadannya.




ADAKAH NABI (S.A.W.) MELIHAT ALLAH?

Selepas Nabi (S.A.W) menyeberangi Sidrat Al-Muntaha, baginda (S.A.W) kemudiannya menghadap Allah dan dapat berada paling hampir dengan Allah tapi Nabi (S.A.W) tidak nampak Allah dengan matanya. Perkara yang sama juga terbukti dari hadith berikut:

Diriwayatkan bahawa Aishah (R.A.) berkata: “Barangsiapa memberitahumu bahawa Muhammad (S.A.W.) telah melihat Tuhannya, dia adalah penipu, kerana Allah berfirman: 'Tiada penglihatan yang boleh melihat Allah. (Surah Al-Anaam 6:103)” (Sahih Bukhari: 7380


PERINTAH SOLAT LIMA KALI SEHARI



Semasa menghadap Allah, Nabi (S.A.W) telah mendapat perintah untuk melaksanakan solat 50 waktu yang perlu ditunaikan oleh baginda dan seluruh umatnya. Selepas menerima perintah ini daripada Allah, Nabi (S.A.W) pun pulang. Dalam perjalanan pulang, Nabi Musa (A.S) menasihatkan baginda untuk meminta kepada Allah agar mengurangkan jumlah solat kerana umat Islam mungkin tidak akan mampu melakukan solat dengan jumlah sebanyak itu. Nabi (S.A.W) pergi semula berjumpa dengan Allah Maha Besar selama beberapa kali sehinggalah jumlah solat dikurangkan kepada lima sahaja. Tetapi Allah telah berjanji kepada Nabi (S.A.W) bahawa ganjaran daripada Allah untuk solat lima waktu ini kepada hamba-hambaNya akan sama dengan lima puluh solat (subhanallah).  



HADIAH ISRA AND MIRAJ

Pesuruh Allah (S.A.W) telah diberikan tiga perkara semasa perjalanan yang diberkati ini:


1-     Solat lima waktu (yang sama dengan ganjaran solat lima puluh waktu). (Sahih Bukhari: 7517)

2-     Ayat-ayat penamat Al-Baqarah (Dua Ayat Terakhir)

3-     Janji Allah bahawa dosa umat Muhammad Mohammad (S.A.W.) akan diampunkan kecuali mereka yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah. (Sahih Muslim: 173)



NABI (S.A.W.) DITUNJUKKAN "JANNAH" DAN "JAHANNUM

Semasa perjalanan Mikraj ini, Nabi (S.A.W) juga dibawa ke Jannah (Syurga) dan Jahannum (Neraka) oleh Malaikat Jibrael (A.S). Semasa lawatan ini, Nabi (S.A.W) telah melihat keberkatan yang diterima oleh penghuni syurga dan juga seksaan yang dikenakan kepada manusia yang memasuki neraka. 



NABI (S.A.W.) KEMBALI KE MEKAH

Selepas menamatkan perjalanan baginda, Nabi (S.A.W) menaiki Al-Buraq dan kembali ke Mekah. Shab e Miraj berlaku pada waktu malam.


Pada keesokan paginya, Nabi (S.A.W) pergi ke Masjid Al-Haram dan memberitahu orang ramai mengenai perjalanannya itu. Mereka yang tidak beriman mendapati situasi tersebut sesuai untuk memalukan mereka yang beriman. Mereka tahu yang Nabi (S.A.W) tidak pernah pergi ke Masjid Al-Aqsa. Jadi mereka meminta baginda menggambarkannya. Mereka yang tidak beriman berasa kagum dengan jawapan Nabi (S.A.W) yang dapat menggambarkan masjid tersebut dengan tepat sekali. Mereka kemudian berkata kepada Nabi (S.A.W): “Demi Tuhan, kamu menggambarkannya dengan sempurna dan betul.” Walaupun begitu, mereka masih tidak mahu menerima Islam. Sebaliknya mereka meminta bukti-bukti yang lain pula.


Apabila sekumpulan orang yang tidak beriman memberitahu Abu Bakr (R.A.) mengenai situasi itu, Abu Bakr (R.A.) berkata kepada mereka, “Jika Nabi (S.A.W.) mengatakan ini, maka tidak diragui kebenarannya.” Ini menunjukkan kepercayaan sebenar Abu Bakr dan disebabkan oleh peristiwa ini, Abu Bakr (R.A.) telah diberikan gelaran ‘As-Siddiq’ (yang Jujur)” oleh Nabi (S.A.W.).



KESIMPULAN

Shab e Miraj mempunyai kepentingan yang besar di dalam kehidupan umat Islam di seluruh dunia. Ia dianggap sebagai salah satu keajaiban Allah yang paling suci, di mana Dia memilih untuk mengurniakannya hanya kepada Nabi Mohammad (S.A.W.).


Walauapun perjalanan ini mempunyai kepentingan agama di dalam Islam, Nabi Muhammad (S.A.W) tidak pernah menyambutnya dan tidak pernah memerintahkan umat baginda untuk menyambutnya. Walau bagaimanapun, kita boleh memperingati peristiwa beasr ini dengan meminta rahmat daripada Allah, membantu mereka yang memerlukan dan dengan melakukan kebaikan yang disuruh/diajar oleh Allah dan pesuruhNya (S.A.W) kepada kita.


Hari-hari Istimewa dalam Islam

Contact Us

Thanks for reaching out. We'll get back to you soon.

Polisi privasi baharu kami

We have updated our privacy policies according to CCPA and GDPR rules and regulations for Californian and EU citizens respectively. If you continue using our website, then you have agreed to our Terms of Use and Privacy Policy.

 Atau  Maklumat lanjut

Improve your location’s accuracy

Sometimes we might have trouble finding where you are located. Having your current location will help us to get you more accurate prayer times and nearby Islamic places. Here are some things you can do to help fix the problem.

  1. In the top right, click More
  2. Click Settings and then Show advanced settings.
  3. In the "Privacy" section, click Content settings.
    1. In the dialog that appears, scroll down to the "Location" section. Select one of these permissions:
    2. Allow all sites to track your physical location: Select this option to let all sites automatically see your location.
    3. Ask when a site tries to track your physical location: Select this option if you want Google Chrome to alert you whenever a site wants to see your location.
    4. Do not allow any site to track your physical location: Select this option if don't want any sites to see your location.
  4. Click Done.
  1. Open System Preferences and then Security & Privacy Preferences and then Privacy and then Location Services.
  2. To allow for changes, click the lock in the bottom left.
  3. Check "Enable Location Services."
  1. Turn on location
    1. On your phone or tablet, open the Settings app.
    2. Tap Location.
    3. At the top, switch location on.
    4. Tap Mode and then High accuracy.
    If you still get an error when you open IslamicFinder, follow the step 2.
  2. Open Chrome
    1. In the top right, tap More
    2. Tap Settings.
    3. Under "Advanced", tap Site Settings
    4. Tap Location. If you see a toggle, make sure it turned on and blue.
      1. If you see "Location access is turned off for this device," tap the blue words > on the next Settings screen, tap the toggle to turn on location access.
      2. If you see "blocked" under "Location," tap Blocked > tap IslamicFinder > Clear & reset.
    5. Open IslamicFinder in your mobile browser and refresh the web page
    If you're using a browser other than Chrome, visit your browser's help center by visiting their website.
  1. Turn on location
    1. Open Settings app.
    2. Tap Privacy > Location Services > Safari Websites.
    3. Under "Allow Location Access," tap While Using the app.
  2. Give current location access on your browser
      Safari
    1. Open settings app.
    2. Tap General > Reset.
    3. Tap Reset Location & Privacy.
    4. If prompted, enter your passcode.
    5. You will see a message that says "This will reset your location and privacy settings to factory defaults." Tap Reset Settings.
    6. Open Safari
    7. Go to IslamicFinder
    8. To give Safari access to your location, tap Allow or OK
    9. To give IslamicFinder access to your location, tap OK
  3. If you are using a browser other than Safari, visit your browser's help center by visiting their website.