Baca Surah Qalamdengan terjemahan
فَطَافَ عَلَيْهَا طَآئِفٌ مِّن رَّبِّكَ وَهُمْ نَآئِمُونَ
Fatafa AAalayha taifun min rabbika wahum naimoona
Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.
فَأَصْبَحَتْ كَٱلصَّرِيمِ
Faasbahat kaalssareemi
Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.
فَتَنَادَوْا۟ مُصْبِحِينَ
Fatanadaw musbiheena
Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain -
أَنِ ٱغْدُوا۟ عَلَىٰ حَرْثِكُمْ إِن كُنتُمْ صَٰرِمِينَ
Ani ighdoo AAala harthikum in kuntum sarimeena
(Setengahnya berkata): "Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya".
فَٱنطَلَقُوا۟ وَهُمْ يَتَخَٰفَتُونَ
Faintalaqoo wahum yatakhafatoona
Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):
أَن لَّا يَدْخُلَنَّهَا ٱلْيَوْمَ عَلَيْكُم مِّسْكِينٌ
An la yadkhulannaha alyawma AAalaykum miskeenun
"Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu".
وَغَدَوْا۟ عَلَىٰ حَرْدٍ قَٰدِرِينَ
Waghadaw AAala hardin qadireena
Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu.
فَلَمَّا رَأَوْهَا قَالُوٓا۟ إِنَّا لَضَآلُّونَ
Falamma raawha qaloo inna ladalloona
Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita)".
بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ
Bal nahnu mahroomoona
(Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: "Tidak! Kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)".
Contact Us
Thanks for reaching out.
We'll get back to you soon.