Baca Surah Naziatdengan terjemahan
وَٱلْأَرْضَ بَعْدَ ذَٰلِكَ دَحَىٰهَآ
Waalarda baAAda thalika dahaha
Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), -
أَخْرَجَ مِنْهَا مَآءَهَا وَمَرْعَىٰهَا
Akhraja minha maaha wamarAAaha
Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;
وَٱلْجِبَالَ أَرْسَىٰهَا
Waaljibala arsaha
Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);
مَتَٰعًا لَّكُمْ وَلِأَنْعَٰمِكُمْ
MataAAan lakum walianAAamikum
(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.
فَإِذَا جَآءَتِ ٱلطَّآمَّةُ ٱلْكُبْرَىٰ
Faitha jaati alttammatu alkubra
Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar, -
يَوْمَ يَتَذَكَّرُ ٱلْإِنسَٰنُ مَا سَعَىٰ
Yawma yatathakkaru alinsanu ma saAAa
Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, -
وَبُرِّزَتِ ٱلْجَحِيمُ لِمَن يَرَىٰ
Waburrizati aljaheemu liman yara
Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, -
فَأَمَّا مَن طَغَىٰ
Faamma man tagha
Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), -
وَءَاثَرَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا
Waathara alhayata alddunya
Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -
فَإِنَّ ٱلْجَحِيمَ هِىَ ٱلْمَأْوَىٰ
Fainna aljaheema hiya almawa
Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.
Contact Us
Thanks for reaching out.
We'll get back to you soon.