Penafian

Kami melakukan banyak usaha untuk menentusahkan semua maklumat di IslamicFinder.org. Jika anda menemui sebarang kandungan yang tidak sesuai (atau pautan kepada kandungan yang tidak sesuai), sila  hubungi kami.

LOKASI

Sila masukkan nama lokasi semasa anda
Sila masukkan nilai latitud longitud yang betul
Sila masukkan zon waktu
Sila pilih tarikh mula penyimpanan siang
Sila masukkan tarikh akhir penyimpanan siang
PENGIRAAN SOLAT

kami untuk pengalaman lebih pantas dan kemaskini harian.

×

kami untuk pengalaman lebih pantas dan kemaskini harian.

×

12 Rabiul Awal 2023 - Maulidurrasul 2023

12 Rabiul Awal 2023 - Maulidurrasul 2023


Rabiulawal 2023

BBulan Rabiulawal 2023 dijangka akan bermula pada hari Sabtu, 16 September 2023 atau hari Ahad, 17 September 2023. 12hb Rabiulawal 2023 atau Mawlid Nabi / Maulidur Rasul 2023 ditetapkan buat sementara waktu tarikhnya pada 27hb atau 28h September, 2023. Walau bagaimanapun, tarikh tepat bagi Rabiulawal 2023 bergantung pada lokasi anda dan penampakan bulan Rabiulawal 1445.

 

Kalender Islam 2023




Bulan Rabiulawal

Rabiulawal adalah bulan ke-3 dalam Kalendar Islam, yang juga dikenali sebagai Kalendar Hijrah. 

 

Dalam bahasa Arab, perkataan “rabbi” membawa maksud musim bunga sementara “al awwal” bermakna pertama atau permulaan. Oleh itu, Rabiulawal secara keseluruhannya bermaksud “Permulaan Musim Bunga”.

 

Rabiulawal merupakan bulan terpenting di dalam sejarah Islam, kerana kemanusiaan telah diberkati pada bulan ini dengan lahirnya Nabi Muhammad (S.A.W.), yang mana adalah peristiwa paling utama dan paling luar biasa di dalam sejarah manusia. Jadi, bulan ini dikenali sebagai bulan kelahiran Nabi (S.A.W) kesayangan kita.


 



Bulan kelahiran Nabi (S.A.W.)

Sebelum Nabi Muhammad (S.A.W.) dilahirkan, manusia hidup dalam keadaan jahil dan kegelapan. Mereka menyembah dewa-dewa yang berlainan. Mereka menyimpang daripada jalan Allah. Apabila Nabi (S.A.W.) dilahirkan, Baginda bawa bersama Utusan Kebenaran, iaitu Utusan daripada Allah, Yang Maha Esa. Mesej ini telah membawa manusia kepada kesedaran, membantu mereka membezakan di antara yang benar dan yang salah. 


Satu daripada kelebihan yang paling penting pada Nabi (S.A.W.) adalah Baginda merupakan Nabi terakhir daripada semua Nabi (A.S.) dan tiada Nabi yang hadir selepas Baginda. Muhammad (S.A.W.) akan kekal sebagai Nabi kepada semua umat manusia sehingga hari kiamat. Sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran:

 

Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

(Surah Ahzab 33:40)

 

 

Nabi Muhammad (S.A.W.) adalah contoh unggul kesempurnaan. Baginda adalah model peranan kepada kita oleh Allah dan kita perlu mengikuti Sunnah Baginda untuk menjalani gaya hidup yang unggul yang bukan sahaja ditetapkan oleh agama kita tetapi juga bermanfaat kepada seluruh umat manusia jika kita mengikutinya. Allah berfirman di dalam Al-Quran:

 

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”

(Surah Ahzab 33:21)

 

 

Tidak diragui bahawa kehidupan Nabi (S.A.W.) adalah sumber bimbingan terpenting kepada seluruh umat Islam dan Nabi (S.A.W.) adalah belas kasih yang bukan sahaja kepada kita tetapi juga kepada seluruh alam dan ciptaan Allah. Sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran:

 

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

(Surah Anbiya 21:107)

 


Jadi setiap umat Islam haruslah mempelajari kisah hidup Nabi (S.A.W.) dan mengikuti ajaran yang ditunjukkan oleh Baginda di dalam setiap aspek kehidupan.

 



Kehidupan Nabi (S.A.W.) 

Berikut adalah garis masa ringkas Nabi (S.A.W.):


 

TAHUN

PERISTIWA

570

Nabi Muhammad (S.A.W.) dilahirkan pada tahun ini.

576

Kewafatan Amina, ibu Nabi (S.A.W.)

578

1-      Wafatnya Abdul Muttalib, datuk Nabi (S.A.W.).

2-     Bapa Saudara Nabi, Abu Talib menjadi penjaga Baginda.

595

Nabi (S.A.W.) mengahwini Khadijah bint Khuwaylid (R.A.).

610

Wahyu pertama di dalam gua Hira (lima ayat pertama Surah Al-Alaq: 96)

613

Nabi (S.A.W.) mula menyampaikan ajaran Islam.

616

Penghijrahan pertama umat Islam ke Abyssinia.

617

1-      Penghijrahan kedua umat Islam ke Abyssinia

2-     Hamza (R.A.) dan Umar (R.A.) menjadi umat Islam.

3-     Orang yang tidak beriman memulaukan umat Islam.

620

1-      Pemulauan terhadap umat Islam ditarik balik.

2-    Bapa saudara Nabi (S.A.W), Abu Talib meninggal dunia.

3-    Isteri pertama Nabi (S.A.W) iaitu Khadijah (R.A) wafat.

4-   Perjalanan Isra and Miraj oleh Nabi (S.A.W) dan penyelarasan solat lima kali sehari.

621

Perjanjian Aqaba yang pertama.

622

1-      Perjanjian Aqaba yang kedua.

2-     Umat Islam mula berhijrah ke Madinah.

3-     Penghijrahan Nabi (S.A.W) ke Madinah.

4-     Masjid al-Quba dibina (masjid pertama dalam sejarah Islam).

5-     Persaudaraan(perjanjian dengan kaum Yahudi).

623

Qibla ditukar  dari Masjid Al-Aqsa ke Masjid Al-Haram (Kaabah).

624

1-      Peperangan pertama Islam; Peperangan Badr mengambil tempat.

2-     Kewajipan Berpuasa di bulan Ramadan.

3-      Anak perempuan Nabi (S.A.W) iaitu Ruqiyyah (R.A) wafat

4-     Eid ul Fitr dan Eid Al Adha yang pertama telah disambut oleh umat Islam.

625

Peperangan Uhud.

627

Peperangan Tabuk .

628

1-     Perjanjian Hudaibiah.

2-  Nabi (S.A.W) mengirim surat kepada raja-raja di negara-negara asing dan menjemput mereka kepada.

3-     Peperangan Khaybar.

630

1-      Penaklukan kota Mekah.

2-     Nabi (S.A.W.) menunaikan Umrah.

3-     Ekspedisi Tabuk.

631

Nabi (S.A.W.) menunaikan Haji.

632

Nabi (S.A.W.) wafat dan dikebumikan di Madinah.


NOTA: Tarikhnya mungkin berbeza setahun dalam beberapa peristiwa sebagaimana yang dinyatakan oleh para sejarawan.

 

Ini adalah beberapa pertistiwa penting yang berlaku dalam hidup Nabi (S.A.W.).  Sudah tentu ada banyak lagi peristiwa-peristiwa lain yang tidak dinyatakan di dalam jadual di atas.

 



Mawlid Nabi / Maulidur Rasul:

Kebanyakan umat Islam percaya bahawa Nabi (S.A.W.) dilahirkan dalam bulan Rabiulawal, walaupun tiada kesepakatan dalam tarikh sebenarnya. 


Di beberapa bahagian Eropah, USA, Kanada, Asia Tenggara, India, Pakistan dan Bangladesh, kebanyakan umat Islam menyambut 12 Rabiulawal sebagai tarikh kelahiran Nabi (S.A.W.) dan mengglar hari ini sebagai ‘Mawlid Nabi’. Mereka menyambut ‘Mawlid Nabi’ dengan  penuh semangat. Mereka menyambut hari ini dengan mengadakan ‘Milad’ (memuji Nabi S.A.W. oleh penyair), mengadakan perarakan, bertukar-tukar hadiah, memeriahkan masjid, dan pelbagai aktiviti yang lain.

 

Di Timur Tengah dan negara-negara di sekelilingnya, umat Islam tidak menyambut perayaan ini sama ada pada 12 Rabiulawal atau sebarang hari pada bulan ini kerana Nabi (S.A.W.) atau para Sahabat (R.A.) tidak pernah menyambut hari kelahiran Nabi (S.A.W.) atau hari lahir Nabi-nabi (A.S.) yang lain.

 

Maka, sebahagian umat Islam menyambut Mawlid Nabi dan sebahagian lagi tidak menyambutnya.





Kesimpulan: 

Apa yang paling penting adalah seluruh umat Islam mengikuti ajaran Nabi (S.A.W) dan kita hidup menurut Sunnah Baginda. Ini memerlukan usaha berterusan daripada semua umat Islam.

 


Semoga Allah memimpin kita semua kepada rahmat Agung Al-Quran dan Sunnah Pesuruh Allah (S.A.W.).

 

AMEEN

 

 

Hari-hari Istimewa dalam Islam

Contact Us

Thanks for reaching out. We'll get back to you soon.

Improve your location’s accuracy

Sometimes we might have trouble finding where you are located. Having your current location will help us to get you more accurate prayer times and nearby Islamic places. Here are some things you can do to help fix the problem.

  1. In the top right, click More
  2. Click Settings and then Show advanced settings.
  3. In the "Privacy" section, click Content settings.
    1. In the dialog that appears, scroll down to the "Location" section. Select one of these permissions:
    2. Allow all sites to track your physical location: Select this option to let all sites automatically see your location.
    3. Ask when a site tries to track your physical location: Select this option if you want Google Chrome to alert you whenever a site wants to see your location.
    4. Do not allow any site to track your physical location: Select this option if don't want any sites to see your location.
  4. Click Done.
  1. Open System Preferences and then Security & Privacy Preferences and then Privacy and then Location Services.
  2. To allow for changes, click the lock in the bottom left.
  3. Check "Enable Location Services."
  1. Turn on location
    1. On your phone or tablet, open the Settings app.
    2. Tap Location.
    3. At the top, switch location on.
    4. Tap Mode and then High accuracy.
    If you still get an error when you open IslamicFinder, follow the step 2.
  2. Open Chrome
    1. In the top right, tap More
    2. Tap Settings.
    3. Under "Advanced", tap Site Settings
    4. Tap Location. If you see a toggle, make sure it turned on and blue.
      1. If you see "Location access is turned off for this device," tap the blue words > on the next Settings screen, tap the toggle to turn on location access.
      2. If you see "blocked" under "Location," tap Blocked > tap IslamicFinder > Clear & reset.
    5. Open IslamicFinder in your mobile browser and refresh the web page
    If you're using a browser other than Chrome, visit your browser's help center by visiting their website.
  1. Turn on location
    1. Open Settings app.
    2. Tap Privacy > Location Services > Safari Websites.
    3. Under "Allow Location Access," tap While Using the app.
  2. Give current location access on your browser
      Safari
    1. Open settings app.
    2. Tap General > Reset.
    3. Tap Reset Location & Privacy.
    4. If prompted, enter your passcode.
    5. You will see a message that says "This will reset your location and privacy settings to factory defaults." Tap Reset Settings.
    6. Open Safari
    7. Go to IslamicFinder
    8. To give Safari access to your location, tap Allow or OK
    9. To give IslamicFinder access to your location, tap OK
  3. If you are using a browser other than Safari, visit your browser's help center by visiting their website.