12 Rabiul Awal 2024 - Maulidurrasul 2024
12 Rabiul Awal 2024 - Maulidurrasul 2024
177 Baki hari
Rabiulawal 2024
Bulan Rabiulawal
Rabiulawal adalah bulan ke-3 dalam Kalendar Islam, yang juga dikenali sebagai Kalendar Hijrah.
Dalam bahasa Arab, perkataan “rabbi” membawa maksud musim bunga sementara “al awwal” bermakna pertama atau permulaan. Oleh itu, Rabiulawal secara keseluruhannya bermaksud “Permulaan Musim Bunga”.
Rabiulawal merupakan bulan terpenting di dalam sejarah Islam, kerana kemanusiaan telah diberkati pada bulan ini dengan lahirnya Nabi Muhammad (S.A.W.), yang mana adalah peristiwa paling utama dan paling luar biasa di dalam sejarah manusia. Jadi, bulan ini dikenali sebagai bulan kelahiran Nabi (S.A.W) kesayangan kita.
Bulan kelahiran Nabi (S.A.W.)
Sebelum Nabi Muhammad (S.A.W.) dilahirkan, manusia hidup dalam keadaan jahil dan kegelapan. Mereka menyembah dewa-dewa yang berlainan. Mereka menyimpang daripada jalan Allah. Apabila Nabi (S.A.W.) dilahirkan, Baginda bawa bersama Utusan Kebenaran, iaitu Utusan daripada Allah, Yang Maha Esa. Mesej ini telah membawa manusia kepada kesedaran, membantu mereka membezakan di antara yang benar dan yang salah.
Satu daripada kelebihan yang paling penting pada Nabi (S.A.W.) adalah Baginda merupakan Nabi terakhir daripada semua Nabi (A.S.) dan tiada Nabi yang hadir selepas Baginda. Muhammad (S.A.W.) akan kekal sebagai Nabi kepada semua umat manusia sehingga hari kiamat. Sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran:
“Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
Nabi Muhammad (S.A.W.) adalah contoh unggul kesempurnaan. Baginda adalah model peranan kepada kita oleh Allah dan kita perlu mengikuti Sunnah Baginda untuk menjalani gaya hidup yang unggul yang bukan sahaja ditetapkan oleh agama kita tetapi juga bermanfaat kepada seluruh umat manusia jika kita mengikutinya. Allah berfirman di dalam Al-Quran:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”
Tidak diragui bahawa kehidupan Nabi (S.A.W.) adalah sumber bimbingan terpenting kepada seluruh umat Islam dan Nabi (S.A.W.) adalah belas kasih yang bukan sahaja kepada kita tetapi juga kepada seluruh alam dan ciptaan Allah. Sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran:
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
Jadi setiap umat Islam haruslah mempelajari kisah hidup Nabi (S.A.W.) dan mengikuti ajaran yang ditunjukkan oleh Baginda di dalam setiap aspek kehidupan.
Kehidupan Nabi (S.A.W.)
Berikut adalah garis masa ringkas Nabi (S.A.W.):
TAHUN |
PERISTIWA |
570 |
Nabi
Muhammad (S.A.W.) dilahirkan pada tahun ini. |
576 |
Kewafatan
Amina, ibu Nabi (S.A.W.) |
578 |
1- Wafatnya Abdul Muttalib, datuk Nabi
(S.A.W.). 2- Bapa Saudara Nabi, Abu Talib menjadi
penjaga Baginda. |
595 |
Nabi
(S.A.W.) mengahwini Khadijah bint Khuwaylid
(R.A.). |
610 |
Wahyu
pertama di dalam gua Hira (lima ayat pertama Surah Al-Alaq: 96) |
613 |
Nabi
(S.A.W.) mula menyampaikan ajaran Islam. |
616 |
Penghijrahan
pertama umat Islam ke Abyssinia. |
617 |
1- Penghijrahan kedua umat Islam ke
Abyssinia 2- Hamza (R.A.) dan Umar (R.A.) menjadi umat Islam. 3- Orang yang tidak beriman memulaukan umat
Islam. |
620 |
1- Pemulauan terhadap umat Islam ditarik
balik. 2- Bapa saudara Nabi (S.A.W), Abu Talib
meninggal dunia. 3- Isteri pertama Nabi (S.A.W) iaitu
Khadijah (R.A) wafat. 4- Perjalanan Isra and Miraj oleh Nabi (S.A.W) dan penyelarasan
solat lima kali sehari. |
621 |
Perjanjian
Aqaba yang pertama. |
622 |
1- Perjanjian Aqaba yang kedua. 2- Umat Islam mula berhijrah ke Madinah. 3- Penghijrahan Nabi (S.A.W) ke Madinah. 4- Masjid al-Quba dibina (masjid pertama
dalam sejarah Islam). 5- Persaudaraan(perjanjian dengan kaum
Yahudi). |
623 |
Qibla ditukar dari Masjid Al-Aqsa ke Masjid Al-Haram (Kaabah). |
624 |
1- Peperangan pertama Islam; Peperangan Badr mengambil
tempat. 2- Kewajipan Berpuasa di bulan Ramadan. 3- Anak perempuan Nabi (S.A.W) iaitu
Ruqiyyah (R.A) wafat 4- Eid ul Fitr dan Eid Al Adha yang pertama telah disambut oleh
umat Islam. |
625 |
|
627 |
|
628 |
1- Perjanjian Hudaibiah. 2- Nabi (S.A.W) mengirim surat kepada
raja-raja di negara-negara asing dan menjemput mereka kepada. 3- Peperangan
Khaybar. |
630 |
2- Nabi (S.A.W.) menunaikan Umrah. 3- Ekspedisi Tabuk. |
631 |
Nabi
(S.A.W.) menunaikan Haji. |
632 |
Nabi
(S.A.W.) wafat dan dikebumikan di Madinah. |
NOTA: Tarikhnya mungkin berbeza setahun dalam beberapa peristiwa sebagaimana yang dinyatakan oleh para sejarawan.
Ini adalah beberapa pertistiwa penting yang berlaku dalam hidup Nabi (S.A.W.). Sudah tentu ada banyak lagi peristiwa-peristiwa lain yang tidak dinyatakan di dalam jadual di atas.
Mawlid Nabi / Maulidur Rasul:
Kebanyakan umat Islam percaya bahawa Nabi (S.A.W.) dilahirkan dalam bulan Rabiulawal, walaupun tiada kesepakatan dalam tarikh sebenarnya.
Di beberapa bahagian Eropah, USA, Kanada, Asia Tenggara, India, Pakistan dan Bangladesh, kebanyakan umat Islam menyambut 12 Rabiulawal sebagai tarikh kelahiran Nabi (S.A.W.) dan mengglar hari ini sebagai ‘Mawlid Nabi’. Mereka menyambut ‘Mawlid Nabi’ dengan penuh semangat. Mereka menyambut hari ini dengan mengadakan ‘Milad’ (memuji Nabi S.A.W. oleh penyair), mengadakan perarakan, bertukar-tukar hadiah, memeriahkan masjid, dan pelbagai aktiviti yang lain.
Di Timur Tengah dan negara-negara di sekelilingnya, umat Islam tidak menyambut perayaan ini sama ada pada 12 Rabiulawal atau sebarang hari pada bulan ini kerana Nabi (S.A.W.) atau para Sahabat (R.A.) tidak pernah menyambut hari kelahiran Nabi (S.A.W.) atau hari lahir Nabi-nabi (A.S.) yang lain.
Maka, sebahagian umat Islam menyambut Mawlid Nabi dan sebahagian lagi tidak menyambutnya.
Kesimpulan:
Apa yang paling penting adalah seluruh umat Islam mengikuti ajaran Nabi (S.A.W) dan kita hidup menurut Sunnah Baginda. Ini memerlukan usaha berterusan daripada semua umat Islam.
Semoga Allah memimpin kita semua kepada rahmat Agung Al-Quran dan Sunnah Pesuruh Allah (S.A.W.).
AMEEN
Contact Us